"HARTAKU"
Thursday, October 31, 2013
NOTAUSAHAWAN.COM: ULASAN EBOOK: “RAHSIA MUDAH RM1000 DENGAN MENULIS”...
NOTAUSAHAWAN.COM: ULASAN EBOOK: “RAHSIA MUDAH RM1000 DENGAN MENULIS”...: Dahulu orang berpandangan menulis ini adalah pekerjaan yang tiada jaminan. Tiada orang boleh jadi kaya dengan menulis. Sekarang, ki...
Wednesday, May 22, 2013
SALAM 1 MALAYSIA
Nama saya Hafiza Jalaluddin. Berasal dari Selangor. Lebih mesra dikalangan kenalan rapat dengan panggilan Sis. Baru nak berjinak-jinak dengan dunia IT, bukannya apa dunia IT sekarang ni makin canggih. Saya merasa terpanggil untuk menambahkan ilmu dalam dunia IT disamping membuat pendapatan sampingan online.
Saya berkata pada diri saya walaupun usia saya beberapa tahun lagi menginjak ke alam 40 an saya ingin membuat persediaan untuk persaraan saya. Itulah sebab utama saya mengambil inisiatif untuk belajar dari pakar-pakar IT atau usahawan kita yang dah berjaya dan terbukti kepakaran beliau dalam bidang IT.
Usia bukan penghalang yang penting kita mesti ada tiang gol !
Itulah kata-kata yang saya petik dari sebuah buku yang banyak memberi motivasi pada diri saya iaitu
sebuah buku ilmiah (motivasi) bertajuk 'DULU PENCUCI KINI PENGURUS' (DPKP)
Memang sebelum ini saya banyak berkawan dan membaca pelbagai bahan bacaan serta menyertai seminar atau kursus motivasi tapi bila saya baca buku ini, ia ternyata memberi inspirasi pada saya apatah lagi saya amat mengenali penulis itu.
Penulis DPKP ini harus dicontohi dan diteladani bagi anak-anak Melayu yang lain kerana jika bangsa Melayu ingin berjaya belajar lah dan bersainglah secara sihat dengan bangsa lain, barulah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Kalau saya nak cerita pun saya boleh cerita pengalaman saya. Pengalaman sememangnya tidak dapat dijual beli. Bagi saya pula kegagalan dan sikap kurang sabar saya banyak mengagalkan impian saya.
Jadilah inilah titik permulaan saya menceburkan diri dalam dunia IT.
Salam Ukhwah dan salam persaudaraan dari sis.
Subscribe to:
Comments (Atom)